Friday, October 10, 2014

Lotion Mustajab SuperHot !

Hai assalamualaikum.
entry kali ni nak sembang pasal lotion mustajab ni.
Basically maybe ia bagus untuk membakar lemak or whatsoever.
Tapi ape yang aku nak cerita malam tadi first time lah pakai before tido.
Kalau lotion yang merah biase tu boleh laa lagi diterima.
Yang superhot ni masyaAllah !!
Okay cerita die aku dah sapu before tido.
And then aku pon confuse ni panas ke sejuk.
memanglah sebab beranginkan.
Tapi kauu memang berangin giler sampai aku kene tutup kipas bilik meremang bulu roma mengigil-gigil macam nak demam.
So aku pon baring jela tunggu beranginan die rede baru selesa nak tido.
Okay dah rede so aku expect die rase time tu jela kepedihannye and aku pon tido.
And you know what? aku tetibe terjage pukul 4 pagi dan merasai kepedihan yang melampau !
rase macam terkejut cemane tetibe ade effect lagi mustajab ni.
Aku pon tak boleh tahan dengan kepedihannya and bangun terus mandi.
Purpose mandi bukanlah nak menyejukkan badan tapi nak hilangkan kesan lotion yang aku sapu tadi.
i'm totally speechless !
Then nak sambung tidur but still rase pedih2 bila kulit aku in contact dengan something.
Merah2 kulit aku and rase macam tengah menggelupas (tapi tak pun)
Aku pon berusaha untuk tido dengan penyesalan sebab sapu mustajab ni :(
Serious macam dah tanak pakai. Aku tak expect sampai terjaga dari tido rase ade orang bakar diri aku. Tu je nak share.
Jangan pakai kalau rase tak tahan. k bai

Sunday, August 17, 2014

Selfish !

Assalamualaikum.
Fuiyooo berhabok fuhh fuhhh blog kite.
Sebenarnye tade perasaan pon nak update.
Rase macam nothing special.

Hmm sape selfish?
Aku laa.
Before ni bile misunderstanding happen.
Mesti akan ade something yg jadik.
Means situation yang membuatkan aku memerlukannya. hmm
Then it happen again.
At first i thought i can survive with my own fault.
Then my roommate excident.
I got a call then aku kene pergi pusat kesihatan UTM.
Macam terkesima tak tau nak buat ape.
Dalam kepala aku mase tu "aku nak mintak tolong sape T.T"
cos i thought kene hantar my roommate pergi HSA sendiri.
First time i naik ambulance hantar patient uolls.
Melayang layang rase dengan kelajuan tersebut.

Then sampai hospital and tak berapa emergency cos dah stop bleeding mukenye.
Then kene tunggu giliran same2 dengan mangse sakit yang lain.
Balik UTM dalam jam sebelas lebih jugak.
A little stress back then. much stress actually.
Kene handle orang sakit yang degil xnak tido.
Then no one sudi dengar keluhan kau.
And i cried that night.
Perasaan mase tu macam nak lari naik bukit then jerit.
Maybe ade masalah lain jugak mase tu.
and its my fault.
cos i'm being selfish.
Then esok pagi suppose to be i keje okay.
But then kene setel banyak urusan for my roommate and i can skip work too.
Dari pagi pergi HSA, and first time rase terberdikari sebab berdua conduct org.
nak nanges :( ,balik jumpe parents my roommate then buat report eksiden dekat UTM.
Sambil2 tunggu brader kepada akak yang langgar tu.
Then pergi bengkel moto pulak.
Pada mulanya nak setel luar bayar gitu je.
Tapi tinggi jugak maintenance so brader tu tidak termampu.
Then pergi balai polis skudai buat report and claim insurance.
Then balik semula bengkel repair moto.
And my roommate balik rumah.
Tido 4 jam sejurus selepas balik dari segala urusan buat aku tak boleh lelap malam ni.
I dont know what should i do.
Esok keje and get ready untuk diinterview oleh orang ofis pulak.
Banyak keje nak kene setel.

Pray for me.
Pray for us.
Pray for my roommate.
Assalamualaikum and good night.
#MustStrong

Monday, February 24, 2014

No post.

Bunga yang cantik pasti berduri.
Tatkala angin senja mendayu-dayu.
Aku terasa pilu.
Bahagia engkau bersama mereka.
Aku hanya duduk tiada diendah.
Ku sangkakan aku mutiara.
Rupanya kaca yang rapuh.
Senyum ketawa yang aku nantikan.
Semakin jarang kunjung tiba.
Biar aku sahaja merasa.
Aku insan biasa.
Punya hati.
Punya perasaan.
Sifat iri hati yang kadangkala aku benci.
Dan tidak dapat dielakkan.
Salahkah aku?
Membiarkan disakiti dalam diam tanpa siapa tahu.
Salahkah aku?
Aku tidak tahu dalam tak tahu.
Semakin ragu dan pilu.
Izinkan aku menyediri.
Menikmati angin yang sepi.

p/s: ni sesaje je bosan. nanti ade pulak kang yg terasa. maklumlah aku penat layan org cepat terasa ni. sem ni kan macam busuk sikit. pepaham laa. so jgn tambah taik ok babaii


Wednesday, February 5, 2014

#Sabah

Cuti sem 5 selama sebulan yang tak cukup sebulan ni memang membosankan kalau tak berjalan.
Honestly kami selaku ex JKM dah lame nak berjalan2 ni. end up tahun 3 baru dapat pergi.
Sadly tak semua dapat join atas komitmen masing2.
Hasil memilih tempat, Sabah menjadi sasaran jyeahhh.
So percutian selama 6 hari bermula 18 Jan - 23 Jan 2014. Sewa 2 buah van. Seramai 19 orang.
Sabah Mu Tunggu Aku Datang adalah nama program :p

First day kami tido di Tang Dynasty Lodge Kota Belut (kalau tak salah laa haha)
But no picture, just naik flight sampai makan then tidoq.

This is second day. jenjalan. terus check out and bergerak ke kundasang kami datang !


  Hasil selfie sepanjang perjalanan. Agak seram sebenarnya dengan jalan yang curam menaiki van manual dengan muatan orang serta luggage yang membuatkan kami mengempiskan perut dan menahan nafas. IJK :p


Rugi laa kalau berjalan tak amek gambo. So kite berhenti jugak laa amek gamba kat jalan raya ni. Nampak gambar macam cool je padahal sume dok berbisik "cepat sikit cepat amek gamba tu ade kete nak lalu"



Selfie tahap ape dah ni.

 Gambar ni time dekat Kinabalu Park sebelum kami check in.



Tangga "Batu Caves" yang mengah bak angg nak turun ke pasar. Naik yang mengah sebenarnya.

 

Here we are. Sempat lagi nak main werewolf. Kinabalu Pine Resort :)

Third day. Jalan2 ke Ranau kita mariii


Jyeahhh. Aim nak mandi air panas. Sebab penat menggigil cakap berwap dekat Kundasang.

 Actually banyak jugak benda dekat sini. Dengan bayaran RM4 boleh mandi air panas, ade air terjun, nak pergi gua kelawar pon boleh tapi kene daki sikit. and tak silap ade Canopy Walk.

Haa bukan nak tunjuk orang dalam ni. tapi sadly macam ni kalau nak mandi air panas. punya laa lame nak tunggu air penuh. end up sampai buku lali tapi aku dah give up. Terus mandi air paip yang sejuk bapakk

After that kami ke ladang teh pulak. Beli laa sikit untuk parents kat rumah. Tapi sebab beli banyak2 so balik tu ade konflik dah bayar tapi tak dapat teh. haha tade rezeki. Tips die lain kali pegang sendiri.
Lepas tu plan nak pergi ikan gigit2. tapi tak dapat sebab baru lepas banjir so ikan busy nak bersihkan umah and tade mase nak gigit kaki orang.

This is the best and awesome !!! ke Desa Dairy Farm
Dapat tengok lembu susu yang tengah beratur nak makan. Sambil2 tu ade jugak lembu yang bergurau2 berak dekat kawan die yang tengah lepak2. Tapi diorg macam rilek je. Malas nak gado sebab hari2 jumpe kan.

 Bukan nak tunjuk pakcik tu. tapi kabus tebal dengan hujan lagi. Sejuk and awesome !!! I love it !! and hai pakcik. Dekat sini dapat laa tengok anak kambing, beli susu and ice cream.

Haghi koOmpek

Check out dari KPR :)


Ya Allah terima kasih kerana memberi kami penglihatan untuk menghargai hasil ciptaanMu yang awesome ni :D

 
Rakan-rakan seperjuangan :)
Selamat Datang ke rumah baru kami ! Rumah TERBALIK haha


 Gambar ni tade kaitan dengan hidup kami. tapi compare dengan gambar atas die. and spot the similarities hehe. Okay nak masuk rumah terbalik ni kene bayar RM10. Sadly no picture. Sebab tak boleh amek gambar dalam ni. tapi boleh amek dekat luar rumah. iaitu jamban.
Nahhhhh hewwww


 Ni dekat rumah opie :D tapi tade gambar dengan opie. Kami stay ditempat ke 3 iaitu Marina Court Apartment. After tu membeli belah di pasar Philippine.

Day 5
Hari ni kami snorkeling yeahhhh. sorry first time hehe 
 Kami pergi 2 buah pulau iaitu Pulau Mamutik dan Pulan Manukan dengan bayaran RM 43.





 

Orang yang paling excited ni laa orang yang dok panjat orang lain bila terpijak coral and nampak benda2 hitam dalam laut. Tapi hakikatnya bila kita nampak ape yang ade memang lagi geli pon nak pijak.
 
Last day :(

Hari terakhir kami just jalan2. terus check out dari Marina and menuju ke airport.
Aku tak ingat ape name bangunan ni. tapi just amek2 gambar jela. Ade sedikit tuahnya laa time kami datang, bangunan ni tengah dibersihkan selepas 20 tahun die tidak berhadas.






 Gadis2 popo masin tawar.

Ni time makan kedai tepi jalan. Sebab teruja nampak menu "Puding Dalam Kelapa"
try laa. not bad laa dah laa sejuk. Makanan kat sini je aku rase harge biasa aku dengar. dah laa sedap nasik goreng daging die. hehe promote pulak.

Okay itu je percutian kami. Sekarang dah naik sem 6 :) Selamat belajar semua !!!