Wednesday, February 5, 2014

#Sabah

Cuti sem 5 selama sebulan yang tak cukup sebulan ni memang membosankan kalau tak berjalan.
Honestly kami selaku ex JKM dah lame nak berjalan2 ni. end up tahun 3 baru dapat pergi.
Sadly tak semua dapat join atas komitmen masing2.
Hasil memilih tempat, Sabah menjadi sasaran jyeahhh.
So percutian selama 6 hari bermula 18 Jan - 23 Jan 2014. Sewa 2 buah van. Seramai 19 orang.
Sabah Mu Tunggu Aku Datang adalah nama program :p

First day kami tido di Tang Dynasty Lodge Kota Belut (kalau tak salah laa haha)
But no picture, just naik flight sampai makan then tidoq.

This is second day. jenjalan. terus check out and bergerak ke kundasang kami datang !


  Hasil selfie sepanjang perjalanan. Agak seram sebenarnya dengan jalan yang curam menaiki van manual dengan muatan orang serta luggage yang membuatkan kami mengempiskan perut dan menahan nafas. IJK :p


Rugi laa kalau berjalan tak amek gambo. So kite berhenti jugak laa amek gamba kat jalan raya ni. Nampak gambar macam cool je padahal sume dok berbisik "cepat sikit cepat amek gamba tu ade kete nak lalu"



Selfie tahap ape dah ni.

 Gambar ni time dekat Kinabalu Park sebelum kami check in.



Tangga "Batu Caves" yang mengah bak angg nak turun ke pasar. Naik yang mengah sebenarnya.

 

Here we are. Sempat lagi nak main werewolf. Kinabalu Pine Resort :)

Third day. Jalan2 ke Ranau kita mariii


Jyeahhh. Aim nak mandi air panas. Sebab penat menggigil cakap berwap dekat Kundasang.

 Actually banyak jugak benda dekat sini. Dengan bayaran RM4 boleh mandi air panas, ade air terjun, nak pergi gua kelawar pon boleh tapi kene daki sikit. and tak silap ade Canopy Walk.

Haa bukan nak tunjuk orang dalam ni. tapi sadly macam ni kalau nak mandi air panas. punya laa lame nak tunggu air penuh. end up sampai buku lali tapi aku dah give up. Terus mandi air paip yang sejuk bapakk

After that kami ke ladang teh pulak. Beli laa sikit untuk parents kat rumah. Tapi sebab beli banyak2 so balik tu ade konflik dah bayar tapi tak dapat teh. haha tade rezeki. Tips die lain kali pegang sendiri.
Lepas tu plan nak pergi ikan gigit2. tapi tak dapat sebab baru lepas banjir so ikan busy nak bersihkan umah and tade mase nak gigit kaki orang.

This is the best and awesome !!! ke Desa Dairy Farm
Dapat tengok lembu susu yang tengah beratur nak makan. Sambil2 tu ade jugak lembu yang bergurau2 berak dekat kawan die yang tengah lepak2. Tapi diorg macam rilek je. Malas nak gado sebab hari2 jumpe kan.

 Bukan nak tunjuk pakcik tu. tapi kabus tebal dengan hujan lagi. Sejuk and awesome !!! I love it !! and hai pakcik. Dekat sini dapat laa tengok anak kambing, beli susu and ice cream.

Haghi koOmpek

Check out dari KPR :)


Ya Allah terima kasih kerana memberi kami penglihatan untuk menghargai hasil ciptaanMu yang awesome ni :D

 
Rakan-rakan seperjuangan :)
Selamat Datang ke rumah baru kami ! Rumah TERBALIK haha


 Gambar ni tade kaitan dengan hidup kami. tapi compare dengan gambar atas die. and spot the similarities hehe. Okay nak masuk rumah terbalik ni kene bayar RM10. Sadly no picture. Sebab tak boleh amek gambar dalam ni. tapi boleh amek dekat luar rumah. iaitu jamban.
Nahhhhh hewwww


 Ni dekat rumah opie :D tapi tade gambar dengan opie. Kami stay ditempat ke 3 iaitu Marina Court Apartment. After tu membeli belah di pasar Philippine.

Day 5
Hari ni kami snorkeling yeahhhh. sorry first time hehe 
 Kami pergi 2 buah pulau iaitu Pulau Mamutik dan Pulan Manukan dengan bayaran RM 43.





 

Orang yang paling excited ni laa orang yang dok panjat orang lain bila terpijak coral and nampak benda2 hitam dalam laut. Tapi hakikatnya bila kita nampak ape yang ade memang lagi geli pon nak pijak.
 
Last day :(

Hari terakhir kami just jalan2. terus check out dari Marina and menuju ke airport.
Aku tak ingat ape name bangunan ni. tapi just amek2 gambar jela. Ade sedikit tuahnya laa time kami datang, bangunan ni tengah dibersihkan selepas 20 tahun die tidak berhadas.






 Gadis2 popo masin tawar.

Ni time makan kedai tepi jalan. Sebab teruja nampak menu "Puding Dalam Kelapa"
try laa. not bad laa dah laa sejuk. Makanan kat sini je aku rase harge biasa aku dengar. dah laa sedap nasik goreng daging die. hehe promote pulak.

Okay itu je percutian kami. Sekarang dah naik sem 6 :) Selamat belajar semua !!!

No comments:

Post a Comment